Pages

Kini Terdapat Satu Skim Simpanan Yang Sangat Menarik, Fantastik dan Sangat Lumayan dari CIMB Principal, salah sebuah kumpulan di bawah CIMB Group. Kenapa Saya Katakan Begitu? Sebelum Anda Pergi Jauh, Baca Keistimewaan Skim Simpanan Ini:

* Pulangan Berbentuk Tunai Yang Dijamin dan Semakin Meningkat Setiap Tahun. Sangat Sesuai Bagi Mereka Yang Inginkan Dividen Yang Tinggi dan Tiada Risiko
* Tempoh Menyimpan Yang Sangat Singkat
* Dilindungi oleh INSURANS Untuk Keilatan Kekal dan Kematian
* Dividen yang Bebas Cukai
* Simpanan DiHibbahkan untuk Tujuan Wasiat
* Simpanan Dijamin oleh Kerajaan Malaysia

Mari Kita Lihat dan Buat Perbandingan Antara Simpanan Biasa yang Ada Di Pasaran Dengan Skim Simpanan yang Hebat Ini

simpanan umpama berlian

Di manakah anda menyimpan wang anda? Akaun Simpanan? Deposit Tetap? KWSP? Unit Amanah? Hartanah? Atau Anda menyimpan dengan Skim Simpanan Dengan Pulangan Tetap tetapi Lumayan (Guaranteed Saving Plan)?
Mari kita lihat jenis-jenis simpanan ini:

a) Akaun Simpanan
Akaun simpanan mempunyai kecairan 100%, bermakna anda boleh menunaikannya bila-bila masa. Dengan kemudahan ATM, anda boleh membelanjakan wang anda sesuka hati.
Namun begitu, pulangannya sangat rendah, tiada kawalan dan yang pasti anda akan sentiasa terlebih berbelanja dan simpanan akan menjadi semakin sedikit. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda, seperti sakit pening dan kemalangan, wang dari akaun simpanan inilah yang akan anda guna untuk rawatan anda.

b) Deposit Tetap
Deposit tetap memberikan pulangan yang sangat rendah di antara 3.5% - 4.5% ataupun paling tinggi 5%. Ianya mempunyai tempoh matang dan sekiranya dikeluarkan sebelum tempoh matang, keuntungan akan diberikan secara prorata. keuntungannya pula akan dikenakan cukai kerajaan antara 20% hingga 25%. Ini menjadikan deposit tetap sebagai simpanan yang tidak popular namun ia selamat.

c) KWSP
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah skim simpanan untuk waktu persaraan di hari tua. Wang anda dimasukkan ke dalam simpanan ini melalui potongan gaji dan keuntungan adalah juga rendah di antara 4% - 5% sahaja. Ianya tidak boleh dikeluarkan dan hanya boleh ditunaikan sewaktu usia persaraan. Anda tidak boleh mengeluarkan wang ini sesuka hati.

d) Unit Amanah
Unit amanah adalah kaedah simpanan yang memberikan pulangan yang tinggi. Tetapi harus diingat,  risikonya juga tinggi. Pulangan yang tinggi boleh dinikmati sekiranya unit amanah anda dipantau oleh seorang perunding unit amanah dan wang anda akan bergantung sepenuhnya kepada kepakaran perunding unit amanah tersebut. Namun begitu, ia masih berisiko kerana unit amanah tertakluk kepada kenaikan dan penurunan harga.

e) Hartanah
Hartanah adalah pelaburan yang paling menguntungkan. Dengan nilai hartanah yang semakin meningkat, anda akan mampu menjana keuntungan setelah beberapa lama anda memegang hartanah tersebut. Sebaik sahaja harganya naik, anda akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual hartanah tersebut. Namun begitu, hartanah mempunyai kecairan yang sangat rendah. Adakah anda akan menjual lot banglow anda sekiranya anda terdesak ingin menggunakan RM10,000?

Oleh itu, kesemua simpanan yang dinyatakan di atas mempunyai kelemahan dari segi pulangan, kecairan, keselamatan dan jaminan.


APAKAH YANG DIKATAKAN
GUARANTEED SAVING PLAN

Guaranteed Saving Plan atau Pelan Simpanan Terjamin dan Selamat adalah satu skim baru dari sebuah bank terkemuka di Malaysia yang memberikan faedah seperti berikut:

a) Pulangan Dividen Tetap yang Tinggi
Pulangan tunai dijamin (guaranteed return) simpanan ini sangat tinggi. Pulangan dividen tetap ini akan anda nikmati sebaik saja genap setahun simpanan anda. Dividen tetap ini akan anda perolehi dalam bentuk tunai.

b) Pulangan Tambahan Tidak Tetap (antara 4 hingga 6%)
Tambahan kepada pulangan terjamin adalah pulangan tidak terjamin (non guaranteed return). Bagi pulangan tidak terjamin ini, ia akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Dividen ini akan meningkatkan jumlah simpanan anda. Dividen tahunan seterusnya (compounded dividend) akan terkumpul dan simpanan pokok anda akan semakin banyak. Ini bermakna, dengan pulangan terjamin dan pulangan tidak terjamin, anda akan menikmati dividen lebih dari 10% setiap tahun.

c) Tempoh Menyimpan yang PALING SINGKAT
Anda hanya perlu menyimpan selama 6 tahun saja dan selepas dari tempoh tersebut, anda tidak perlu lagi menambah simpanan duit anda. Dari tahun ke tujuh hinggalah ke tahun kedua puluh, anda akan menikmati dividen tahunan. Sekiranya tamat tempoh 20 tahun, anda akan menerima keseluruhan simpanan anda beserta dividen yang telah terkumpul selama ini.

d) Pulangan Dividen (tetap dan tidak tetap) selama 20 tahun!
Pulangan dividen ini akan berterusan selama 20 tahun! Untuk tahun pertama hingga ke 6, dividen adalah dalam lingkungan 14% hingga 16%. Tahun ke 7 hingga seterusnya, dividen adalah lebih kurang 20% dan 8 tahun terakhir, dividen keseluruhan yang anda akan terima adalah lebih kurang 25%.

e) Dikecualikan Dari Cukai
Kesemua simpanan dan dividen yang diperolehi dari skim simpanan ini adalah dikecualikan dari cukai.

f) Perlindungan Insuran ke atas Keilatan Kekal dan Kematian
Sebaik saja anda menyimpan dengan skim ini, anda secara automatik telah dilindungi oleh insurans. Untuk kematian, anda akan menerima 6 kali ganda dari jumlah simpanan anda dan sekiranya anda mengalami kemalangan dan mengalami keilatan kekal, bank kami akan membayar 8 kali ganda simpanan setahun anda.

g) Dilindungi dan Diwasiatkan
Sebaik saja anda menyimpan dengan skim simpanan kami, anda adalah dilindungi sepenuhnya dan anda boleh mewasiatkan simpanan dan pendapatan anda kepada waris terdekat.

h) Boleh dikeluarkan bila-bila Masa
Anda boleh mengeluarkan bila-bila masa dengan syarat tertentu kerana sekiranya tidak mencukupi pelan yang diambil, jumlah jangkaan pendapatan yang anda inginkan akan berubah.

Inilah satu-satunya pelan simpanan yang dapat meningkatkan jumlah simpanan dimana ia adalah sangat-sangat baik untuk anda, masa depan dan generasi anda. Dengan pulangan tinggi, anda akan menikmati hingga 4 kali ganda simpanan anda. Dengan perlindungan Insurans, anda tidak akan berasa runsing dan risau akan masa depan generasi anda dan simpanan anda akan terus diwasiatkan kepada waris anda. Kerana itulah kami menamakan pelan ini sebagai


SKIM SIMPANAN BAGAIKAN BERLIAN!!!

Lihat contoh di sini. Ini adalah jadual skim simpanan sebenar pelanggan kami
di mana beliau menyimpan paling minima RM10,000 setiap tahun selama 6 tahun sahaja. Berdasarkan pelan skim simpanan kami ini, untuk tahun pertama sehingga tahun ke 6, penyimpan ini akan menerima dividen sebanyak RM1,040. Untuk tahun ke 7 hingga ke tahun ke 12, penyimpan ini akan menerima sebanyak RM1,560. Sementara dari tahun ke 13 hingga ke tahun ke 20, penyimpan ini akan menerima sebanyak dividen sebanyak RM2,080 setahun.

Jadual ini tidak termasuk dividen tidak terjamin (non guaranteed return) antara 4% hingga 6.5% lagi. Ini menunjukkan simpanan anda akan menerima dividen melebihi 10% setiap tahun dan ia semakin meningkat.






Belum pernah ada mana-mana bank atau institusi kewangan yang sanggup menawarkan Skim Simpanan seperti ini yang memberikan keuntungan dan pulangan yang cukup lumayan kepada anda. Jangan bertangguh lagi. Ketahui Skim Simpanan ini dengan mendaftar percuma di bawah ini.